MENGHILANGKAN KELEMUMUR
1. Ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. Rendam kangkung di dalam besen berisi airyang mencukupi untuk membasuh kepala anda. Selepas direndam semalaman, cuci kepala anda pagi esoknya. Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.
2. Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air. Selepas itu ditapis dan sapukan air itu pada kepala. Biarkan seketila sebelum dibilas dengan air biasa.
3. Ambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan sedikit air limau nipis. Ramas semua bahan sehingga berlendir. Lumur di atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.
4. Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
5. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
6. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
7. Ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberape minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama 1 jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu @ mcm 2 je pun boleh. Nak best lagi panas kan air, buat suam2 pas2 bilas rambut.Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.
* aku dah cube dah kaedah nie.. ok baru semalam k.. hasilnye belum sepenuhnye lagi tapi rambut aku rase lembut sangat lepas 2. Gatalkan kepala 2 ok la xdela kronik sangat, tapi belum sepenuhnye pulih lagi..
0 comments: