Eee.. Pelangi la.. mesti kite suke ckp mcm 2 kn bile nampk benda ni kn..
PELANGI biasanya terjadi ketika hujan gerimis atau setelah hujan berhenti. Kadang kala dapat juga kita melihat pelangi terjadi pada genangan minyak. Keadaan fizik pelangi dengan warna-warna yang berbeza memberikan inspirasi kepada sesiapa sahaja yang melihatnya untuk memuji pencipta-Nya. Fenomena alam ini hanya muncul setelah hujan berhenti. Dari sudut sains, pelangi cuma fizikal mata kita sehaja. Kunci terjadinya pelangi adalah pembiasan cahaya, ketika dibiaskan, cahaya akan berubah arah. Biasanya pembelokan ini terjadi ketika cahaya berpindah dari satu medium ke medium yang lain. Hal ini terjadi kerana cahaya bergerak dengan cepat dalam medium berlainan.
Ketika memasuki prisma kaca, cahaya akan dibelokkan. Begitu pula jika keluar dari prisma. Selain membiaskan cahaya, prisma memisahkan cahaya putih menjadi komponen warnanya. Warna cahaya yang berlainan ini berbeza frekuensinya, sehingga memiliki kecepatan tempoh yang berbeza ketika memasuki sesuatu zat. Cahaya yang kecepatannya rendah di dalam kaca akan dibelokkan lebih tajam ketika pindah dari udara ke kaca, kerana setiap tempoh masa adalah berbeza. Tidak menghairankankan jika komponen yang membentuk cahaya putih dipisahkan berdasarkan frekuensinya ketika memasuki kaca. Pada prisma, cahaya akan dibelokkan dua kali, ketika masuk dan keluar, sehingga penyebaran cahaya terjadi.Titisan air hujan dapat membiaskan dan menyebarkan cahaya seperti sebuah prisma. Dalam kondisi yang tepat, pembiasan cahaya ini membentuk pelangi.Maka terjadilah pelangi.
0 comments: