Photobucket

b

Monday, March 28, 2011

HILANGKAN PARUT

MENGHILANGKAN PARUT DI MUKA

Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air kemudian campurkan pula dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

2. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

3. Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

4. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

PETUA CANTIKKAN RAMBUT

Photobucket

Suke x klau rambut korang cantek ala2 macam si Lisa Surihani nie... mesti korang pompuan2 kat luar sane ni sangat suke kan.. bab cantek2 nie korang memang suke kan..


MENCANTIKKAN RAMBUT

1.Ambil putih telur dan campurkan sedikit madu lebah. Gaul hingga sebati, kemudian lumurkan pada rambut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan seminggu dua kali.Pasti rambut nampak lebih lembat dan cantik berkilat.

2. Ambil pati santan dan campur dengan minyak zaitun. Lumurkan pada rambut selepas bersyampu, biarkan dalam 15 minit kemusian bilas dengan air. Amalkan 1 minggu 2 hingga 3 kali. Insyallah pasti berhasil.

MAKAN SECARA ISLAM

DIET IKUT CARA ISLAM

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Apa kata kita ikut diet ini kawan2. Tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus. Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini. Garenti korang takkan sakit perut ataupun keracunan makanan

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU

Contoh: KOKTEL

JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI...

* TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI

(ni ramai yang buat tapi berjam2 pun dia orang tibai)

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA...

Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... anda cubalaa

Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie... . Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala dalam ikan mengandungi ion negatif, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


MENGATASI RAMBUT GUGUR

Photobucket

Kenape muram je ni?? rambut asik gugur je kan mesti bosan.

mane2 pegi asik jumpe je rambut dalam umah kn..


RAMBUT GUGUR

1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan.Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.


2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.


3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.


nak lagi petua.. nnt ek next entry...

Sunday, March 27, 2011

MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Ok pagi yang indah ni ari Isnin aku nak share berape petua ngan korang semua..
aku sebenar dalam beberape bulan ni dilanda rase gatal2 pade kepala aku.. belek punye belek oh my god kelemumur.. mcm2 dh aku cube beli produk kat pasaran sekarang tapi semuanye xberkesan untuk aku.. menghabiskan boreh jo.. yang paling tepat menghabiskan duit aku je..
dah last aku rase aku dh malas nak kuarkn duit aku untuk beli produk2 yang xtau keberkesanan nye... tadi aku ade cari sedikit petua dari cik google nie...

JOM CUBE...

MENGHILANGKAN KELEMUMUR



1. Ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. Rendam kangkung di dalam besen berisi airyang mencukupi untuk membasuh kepala anda. Selepas direndam semalaman, cuci kepala anda pagi esoknya. Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.


2. Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air. Selepas itu ditapis dan sapukan air itu pada kepala. Biarkan seketila sebelum dibilas dengan air biasa.


3. Ambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan sedikit air limau nipis. Ramas semua bahan sehingga berlendir. Lumur di atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.


4. Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.


5. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.


6. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

7. Ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberape minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama 1 jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu @ mcm 2 je pun boleh. Nak best lagi panas kan air, buat suam2 pas2 bilas rambut.Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.

* aku dah cube dah kaedah nie.. ok baru semalam k.. hasilnye belum sepenuhnye lagi tapi rambut aku rase lembut sangat lepas 2. Gatalkan kepala 2 ok la xdela kronik sangat, tapi belum sepenuhnye pulih lagi..

Photobucket


* jangan biar kan kelemumur menguasai kepala anda..
aku xpunye kelemumur xder la kronik mcm nie k..

Thursday, March 24, 2011

KINI SAYA DIKENALI DUNIA..

Saya sangat terharu dengan penghargaan yang tidak terhingga ini.. terima kasih saya ucapkan pada semua yang menyokong kejayaan saya... xtau saya nak cakap mcm mane lagi kerana teramat gembira dan tidak sangka sampai begini sekali mereka menyokong saya..

Saksikan saya di sini


ooopsss....






jangan mare semua...

APE MENU ANDA PADA PAGI INI??

huhu... aku punye tajuk entry macam x hingat... gaye nak buat program masak2 je atau mcm nak buat program jalan2 cari makan je kn....
ya tuan2 dan puan2 sekalian.. nak makan ape ye pagi2 nie??
yang mane belum breakfast pasti tertanye2 nak makan ape ek.. berlegar2 satu persatu menu yang akan timbul di fikiran korang kn..

pagi ni mood agak boring2 sebenarnya aku g la jalan 2 satu blog ke satu blog masakan ape yang best klau dapat makan pagi2 jumaat nie..

1. Nasi Lemak Kukus
mhh... nasi lemak biase tentu boringkan tapi klau try menu yang sama tapi lain skit mesti best kan...


Photobucket

Photobucket

Photobucket

yang ni nasi lemak pandan gek tapi versi pekat sikit boh pencelup kot bagi warne nampak menyerlah.. nak makan kasi melelehkn.. klau rase rajin nak buat silakan ke sini

Photobucket

Photobucket

2. Roti Canai


Photobucket

3. Capati


Photobucket

ade rase meleleh x air liur korang tengok semua nie pagi2 nie...

oopss sori..

bukan takat korang je aku yang dok share ni pun rase meleleh gek..
ape pun terserah pada korang untuk makan ape kan..
tepuk perut tanye selera k.. darr..

Tuesday, March 15, 2011

COOKIES

Korang suke cookies x? mmh... mmg sdap bile dapat makan lagi2 cookies 2 warna-warni dan cantik.. dh bbeerape ari nie aku dok belek satu blog ke satu blog tengok macam mane cookies lolipop @ fancy cookies nie dibuat.. aku sangat suke dan teruje bile tengok design yang mereka hasilkan sangat kreatif... mase bile plak aku nak buat cookies nie kan.. mungkin satu hari nnt, agak2 aku dh tergerak nak buat nnt ni boleh dijadikan sebagai bahan rujukan..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

ade banyak lagi bentuk menarik boleh tengok kat sini

dan nie recipes nye yang aku amibil dari http://mamafami.blogspot.com/
sorry ye kak, saya copy recipes nie.. just nak sharring je..

Ingredients :

250 g margarine
140g castor sugar
2 egg yolks
1 teaspoon vanilla essence
1/2 teaspoon baking powder
410g cookies flour

Method :

1. Sieve flour and baking powder. Set aside.
2. Cream margarine and sugar. Add in egg yolks one at a time. Add in vanilla essence. Continue beating.
3. Add sifted dry ingredients till a soft dough is formed.
4. Keep in the fridge for 30 minutes.
5.. Roll to the thickness desired. Cut using a cookie cutter. Arrange on a baking tray lined with greaseproof paper.
5. Bake in a preheated oven till golden brown. I used fan-oven at 150 C for 30 minutes.
6. Leave to cool completely before decorating with fondant or royal icing.





TRANSLET dari Cik Google..

Bahannye:

250 g margarin
140g gula kastor
2 biji telur (kuningnye sahaja)
1 sudu teh esen vanila
1 / 2 sudu baking powder
410g tepung cookies

Cara2 membuatnya:

1. Ayak tepung dan baking powder. Asingkan
2. Pukul krim margarin dan gula. Tambah kuning telur satu per satu. Tambah esen vanila.Teruskan pemukulan.
3. Tambah bahan kering yang diayak sampai adunan terbentuk.
4. Simpan dalam peti ais selama 30 minit.
5 .Gelek adunan untuk ketebalan yang dikehendaki. Potong menggunakan cookies cutter.
Susun pada tray yang dilapisi dengan kertas tahan lemak (greaseproof paper)
5. Panggang dalam oven sampai coklat keemasan. Saya menggunakan kipas-ovenpada 150 C selama 30 minit.
6. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum menghiasi dengan foundat icing atau
royal icing.

Monday, March 14, 2011

MR.MOTO

oh my mr.moto belum tentu lagi siap minggu nie..
igt semua nye dh ok tapi dia memang sgt cerewet mengade2, ikut perangai sape la nie?
ishh xtau la.. dh repair tang nie tang lain pulak problem.. 2 sbb aku ckp dia sangat mengade2..
nak buat dia bukan sikit2 punye belanje mau gugur rambut aku yg sediaade nipis ni xlame lagi botak terus la wei..
banyak benda aku terpakse ketepikan kerana kau..
kesian la kat aku dan berilah khidmatmu untuk aku..
jangan nakal2+ mengada2 boleh x??

Thursday, March 10, 2011

SAYANG I MISS U..

Photobucket

uu... dh lame xjumpe dia nie...
miss u..sian my mr.motor dia sakit.. xpe nnt minggu dpn kite jumpe k..


buat sementara nie saye g keje naik bas...
hihi.. kena lah exsercise skit boleh maintain dan tambah energy yg makin nak hilang nie..
hahak...